yes, i'm long way to heaven

walau kamu dilangit hujungnya barat
walau kamu dipaksi jaune ketujuh Tuhan
walau kamu di atas sayap sang afrodit

aku mendoakan setiap nyamanmu,
aku mendoakan setiap keindahanmu,
aku mendoakan setiap kesedihanmu,
di
penghujung sujudku-
aku mendoakan keberadaanmu.

hanya kita berdua-
tidak dapat menyangkal
setiap atribut hadiah tuhan,
setiap alunan syair-Nya
setiap lembut sentuhan-Nya
dan pada qalam
Ar-Rahman dan Ar-Rahim
di dalam qlbun sebelah kananmu
yang di-ikhlaskan hati kirimu

aku berterima kasih buatmu,
kasih kepada-Nya
untuk setiap doa yang termakbul,
pada keindahan yang muncul,
dan pada malam yang tidak lagi normal
buatku.

semoga didalam keindahan itu,
kamu wanitaku, menjaganya
sepertimana kamu menjaga setiap doaku,
dipenghujung sujudku-.

semoga kekal dalam nyamanmu,
semoga kekal dalam tenangmu.

walau dimana pun keberadaanmu,
dengan rendah diri
aku meletakkanmu di kedua telapak tanganku.
kerana-
mendoakanmu adalah keindahan nyata dihadapan-Nya.

selamat malam, sayang.