maybe, tomorrow will faster.

"We didn't end up,
we just making up"
for something we were deserve.

Esa-
terima kasih, atas 'perbicaraan ini'
dan atas setiap kedamaiannya. kesempurnaan itu jelas milik-Nya. yang Maha.

numero uno-
untuk masakan terbaik, sebuah kehidupan
dan atas sebuah kelahiran. cerita ini selalu abadi. terima kasih, buat segalanya.
doaku, selalu buat kalian.

you too-
buat 'mereka' yang masih percaya dan menganggap
aku tidak sengaja melakukannya (dengan mencintai dia),
kau tak terganti, jiwa kau cuma satu. kita sedang dilangit dan terbang bebas, teman.

dia-
tidak akan lagi wujud hati mencintai;
ternyata kita gagal. jadi, berhenti-lah dalam mencintai-ku. cuma jangan pernah berhenti mencintai. kau pecinta. terima kasih.
aku pernah bersedih dalam mengenangkannya, kekasih.

...

...

Tidak kau faham angin deru bayu malam?
tidak lagi wujud suara kita dicelah rimbunan daun-daun
tidak kau rindu pada rintik hujan?
sesungguhnya tidak lagi wujud jasad yang pernah kau cinta.

yang tinggal hanya suara kelam
bit noktah yang telah lama hilang.

Mono-Moonlight

killing all the flies, mogwai

jadi, lenyaplah namanya didalam doaku;
tidak pada keberadaanmu,
tidak juga pada asalmu

kerana itu hanya akan jadi sia-sia,
itu juga hanya
akan kekal menjadi kebencian

usailah,
takdir mendakap diwaktu kau berpeluk tubuh.

18 October,
Jamapuh.

I leave you, in Allah care

Ketika nuranimu berbisik.. Perjalanan ini dibenakmu membawamu kematahari singahan langitnya Tuhan.

dipertengahan suku perjalanan ini
dibentangkan keindahanmu,
sebuah kejujuran,
kekuatan,
keikhlasan,
perjalanan
juga,
sebuah penerimaan.

the red jumpsuit apparatus-your guardian angel

Diplanet Kesepuluh.

kamu tidak akan pernah tahu keadaan waktu ini,
kerana mereka sudah mati.

; di-usia ini, kamu bersyukur.
pada yang nyata
yang selalu mampu untuk membawamu
tidak bermimpi lagi

sayang, untuk jatuh bangun ini, terima kasih.

yes, i'm long way to heaven

walau kamu dilangit hujungnya barat
walau kamu dipaksi jaune ketujuh Tuhan
walau kamu di atas sayap sang afrodit

aku mendoakan setiap nyamanmu,
aku mendoakan setiap keindahanmu,
aku mendoakan setiap kesedihanmu,
di
penghujung sujudku-
aku mendoakan keberadaanmu.

hanya kita berdua-
tidak dapat menyangkal
setiap atribut hadiah tuhan,
setiap alunan syair-Nya
setiap lembut sentuhan-Nya
dan pada qalam
Ar-Rahman dan Ar-Rahim
di dalam qlbun sebelah kananmu
yang di-ikhlaskan hati kirimu

aku berterima kasih buatmu,
kasih kepada-Nya
untuk setiap doa yang termakbul,
pada keindahan yang muncul,
dan pada malam yang tidak lagi normal
buatku.

semoga didalam keindahan itu,
kamu wanitaku, menjaganya
sepertimana kamu menjaga setiap doaku,
dipenghujung sujudku-.

semoga kekal dalam nyamanmu,
semoga kekal dalam tenangmu.

walau dimana pun keberadaanmu,
dengan rendah diri
aku meletakkanmu di kedua telapak tanganku.
kerana-
mendoakanmu adalah keindahan nyata dihadapan-Nya.

selamat malam, sayang.

True Love Waits

sekarang 'I Might Be Wrong' pada separa albumnya sudah terpasang. ketika suara Thom memujukmu untuk tersenyum,
dia membuatkan kamu merasa senyuman itu terlalu mahal untuk kamu tangiskan.

'True Love Waits'

dimainkan pada panggungnya yang ke-lapan.
dia membuatkan wanita itu nyata dihadapanmu
"just don't leave."
Kamu merindukan saat itu.

"sum up the way you dont feel whole until you find the love of your life."

"I'm not living,
I'm just killing time."
dia memujukmu lagi.

ketika senyumnya menjadi pertaruhan,
kamu menggadaikan seluruh jiwamu
"your tiny hand
your crazy kiss and smile."
saat wanita itu mengenggam celahan jari kamu
dia tersenyum buatmu.

kamu bukan belum menjumpainya,
cuma kamu sedang diatmosfera cahaya ungu. kamu diuji,
dan kamu sedang melaluinya.
"A true love waits...
in haunted attics."

sekarang, dia benar membuatmu tersenyum dan keluar dari lelah.
"just don't leave"

Radiohead-True Love Waits

ruin your life

aku tidak ingat kali terakhir aku dikucup wanita, tetapi saat ciuman pertama kamu,
Aku diberikan harapan lagi. Untuk bangun, membersihkan segala luka, menutup sempurna setiap parut lama.

dari amnya bimbit kamu, tertera nama seorang lelaki pada setiap pagi, pada setiap malammu,
aku tidak pernah melupakan kamu walau seinjak aku mati,
Walau selangkah aku jatuh,
Walau dibalikku rebah yang jelas tak terlihat.

saat 'ruin my life' dimainkan billy berkali-kali yang dipasang dari mp3 purbaku,
Aku mula sedar, bahawasanya cinta bukanlah tentang kekalutan,
cinta itu wujud atas sebuah kedamaian.
Atas tanda hormat itu, aku mungkin tersepit ditengah-tengah hidupku sendiri,
namun, atas rasa cinta dari sebuah kedamaian,
aku akan membawamu lagi, pada permulaan setahun yang lalu,
Saat kamu menciumku, dan menghadiahkan sebuah senyuman yang tidak mampu kamu lukiskan lagi.

p/s:-
semoga disetiap kekalutan ini, kita berdua melihat keikhlasan, yang tidak akan pernah mati ditanam mereka yang terbeban.

Tenggelamnya kapal van der wijck.

kesedihan itu jelas-
ketika mereka menganggap semuanya usai
aku masih disini
membina kembali
Van Der Wijck
yang bagi mereka sudah lama
tenggelam.

aku percayakan mereka,
tetapi kenapa tidak mereka?

separuh balkoni itu
dibahagian kamarnya
di rantai sauhnya
pada kayu kerikil itu

waktunya kamu membawa aku melukiskan
sesuatu

Hayati,
Tenggelamnya kapal van der wijck
Dis 13

semoga kamu merindukan malam-malam sebelumnya, sayang.

fake plastic tree

Keindahan palsu
diberikan oleh seorang lelaki
pada usianya 21.
sampai masanya untuk ditanam.

hilanglah lelaki itu

-dalam nada rendah-

keindahan penipuan
sphere is always win
lelaki yang menipunya
selalu bermimpi.
membawanya keluar
dari jiwanya sendiri

lelaki itu hilang

-
ketika kamu tersedar
rasa itu hal yang nyata. Riel.
kamu tidak bermimpi untuk itu,
kamu mencintainya.

"seandainya cinta itu ikhlas,
        aku mendoakan kebaikan buatmu."
-your fake plastic love.

epilog hardback

"Waktu ini panjang
datang
aku tidak bisa berjalan

terlalu panjang
jalannya sehingga tidak mampu kamu mendengar-
setiap atme nadi
yang mulanya perlahan-lahan diam dan..."

ucap jenn, sepertinya wanita itu kecewa pada
lengan yang memeluk tubuhnya.

"kerana cinta kita itu,
kita dekat
dalam keadaan kamu tertekan
aku memanjakanmu
dalam keadaan aku terdiam
aku dilenganmu.
aku rindu saat begitu."

jim.
terlalu dia menyayangi wanita itu.

cuma waktunya

Allah mahu berbicara denganku

aku kuat bersama redha dan keihklasan kita.

Mogwai-Follow The Map

10 jun,
0213

moonlight-dan ritual buat-Nya.

dalam meraga sukma,
disulam indah astral.
yang pada malamnya kita berbagi
dan yang pada siangnya kita menyimpan didalam prarthana terbaik kita;
dengan kerinduan yang intensif
mencakup rasa hormat.

kita berdua adalah hal- jiwa yang dipisahkan dari tubuh fisik
"Kerana kita berdua cuma, sang bakhta
mengungkapkan ketidakberdayaan."

jadi, semoga mereka terbang bebas.
buatmu, di jalan spiritual devosi-doaku.

Mono-Legend a Journey Through An Iceland.

Dear,

kadang-kadang, tidak ada yang lebih aku rindu.
saat mata kamu terpejam, bermimpi seorang puteri dibawa horse-drawn carriage
walaupun perjalanan itu tidak panjang,
mimpi itu menjawab setiap satu doa kamu.

Aku cuma berharap, kini ketika aku sedang bermimpi
"My horse carriage were lost."

Radiohead-Nice Dream

A barrick lullaby dan doa-doa terbias

Saat kita berdua adalah dari Tuhan, kita berdua picisan yang tidak lagi terjatuh. menangislah pada setiap helaian sutera biru langit Muhammad.

Dalam kamu melihat kearah langit itu, sepertimana Dia menyayangimu,
Memelukmu sebelum tidur,
Aku tidak punya apa-apa!
Doa sang hamba tertewaskan syaitan ini kekal menjadi bintang-bintang Sagittarius.
Berbentuk satu disisinya kesunyian,
Disatu sisi lainnya pula berbentuk kebahagiaan berpanjangan.

aku cuba menjadi sesuatu didalam mimpi-mimpi kamu. Sepertimana kamu yang selalu kekal menjadi penghujung setiap doaku dan sujudku. Amin.

Radiohead-Go Slowly

Aristotelian logic

Dan saat paradox itu ditemukan,
hati kamu dirobek halus
yang tertinggal bukanlah kesakitan,
tetapi tentang sebuah pengajaran untuk kamu kekal berjalan.

Analoginya seperti

Kain biru sutera dikoyakkan
habisnya pada cebisan-cebisan sutera yang sempurna.

persoalannya,
Tetap berjalan? Atau masih rindu pada masa lalu, sayang?

'0933 a.m,
Changi.'

Sigur Ros-Hoppipolla

Stargazing

"Dan kerana waktu itu, kita begini..."

Tiga tahun yang lepas, Joni dan Mia lagi duduk diatas sepasang kerusi malas.
Berdua, yang tinggal cuma mereka, sedikit lukisan malam.
Ada bintang, ada bulan, depan mereka pantai,
Ombak...

Stargazer.

"Aku cinta."
Mia cuba bawak Joni keluar beradventura.

"Dear stargazer,
I love her,
Kehidupan yang mengajar aku untuk merendah diri.
Kerana Allah, jagalah ia."
Ia cuma didalam hati Joni.

Walaupun pertualangan itu cuma dibataskan hanya pada sebatang rokok,
Pada tahi bintang itu juga, doa-doa Joni menjadi pertualangan dan sebuah perjalanan yang panjang.

"Mia, kamu tak perlu bersedih dalam mengikhlaskannya. Kerana aku sedang berbahagia dengan pertualangannya."
Dicium dahi Mia perlahan-lahan,
Mia dibawa mimpi.

"Buat Mia, aku sedang mencintai kamu, sepertimana doa kamu dulu."

Selamat Malam.

Radiohead-Fake Plastic Tree

Existence/ Death!

Pada simfoni satu perihal yang sudah mati
Bersama rythm yang dibiarkan berbunyi kehidupan tidak abadi.

Kerana kewujudan itu bukanlah sebuah ketakutan,
Tetapi kematian, kamu dirasuk kerisauan.

Akan kamu menilai cinta kamu buatnya pabila kamu membiarkannya pergi.

Kerana cinta, kewujudan dan kematian sebati dan menjadi sebuah hiba.

Dalam silhouette, perlahan, cinta sudahpun membunuhmu.